Wednesday, August 25, 2010

TUDUNG CT BIDADARI UNTUK IDA

Dah lama tak update blog.Hari ni mood ada rajin sikit...so,nak cerita sikit pasal tudung CT BIDADARI yang ditempah oleh rakan sejawatan dari cawangan PRAI.

Permintaan dari IDA ialah size nak besar sikit,warna hitam,beads biru + kuning & design mcm BIDADARI PINK.mula-mula memang nak buat design yg sama dgn BIDADARI PINK, tapi thah macammana masa buat tudung ni...timbul idea lain.Jadinya saya belasah je lah ikut ilham yg datang.tapi dalam hati saya berharap agar tuan punya tudung ni sukalah dengan design yg saya buat ni.

Setelah siap,saya pun terbangkan tudung ini ke PRAI & saya minta feedback dari IDA.Feedback dari dia 'saya suka...cantik tapi nape pendek sikit?'..aduhhh....saya dah rasa tak sedap hati. Kepuasan pelanggan saya utamakan.Lagipun ini 1st time dia berurusniaga dengan saya...so, saya tak nak dia rasa tak puas hati.

Pada awal bulan Ogos,kami ada meeting di Seri Pacific,KL. dikesempatan ini, saya berjumpa dengan IDA dan memberitahu padanya sekiranya dia kurang berminat dengan tudung itu disebabkan size,saya akan buat yg baru untuk dia.tapi dia tak nak sbb dia kata tudung tu sangat cantik sampai dia sayang nak pakai.Kali ni barulah saya merasa sedikit lega.Inilah tudung saya maksudkan.....


Monday, June 28, 2010

TUDUNG BIDADARI EXCLUSIVE-ready stock

Kenapa BIDADARI?
BIDADARI EXCLUSIVE hanya ada 1 helai setiap corak.Exclusive untuk anda supaya anda kelihatan anggun seanggun BIDADARI.....









TUDUNG NUR KASIH - 1st batch

Dapatkan Tudung Nur Kasih utk koleksi anda.Ini je yang tinggal.yg lain x sempat nak upload dah ada orang ambik...hurry up!



Sunday, June 27, 2010

TUDUNG & BAJU NIKAH DYA

Majlis berlangsung di Kg.Seberang Batu Hampar,Rembau,N9 pada 6/6/2010
Pasangan Pengantin Baru - Dya & Pie

Layah Bidadari....

...digandingkan bersama tudung berwarna senada..

Di bahagian tangan baju,saya hiasi dgn manik dan labuci yg sama warna dgn warna batu yang ada di bahagian tudung....

Bahagian bawah baju....

Pertama kali jugak la saya dapat menggayakan 'PINK BIDADARI' setelah gagal utk digayakan pada majlis Dalina May lepas....

Tuesday, June 8, 2010

TUDUNG NIKAH UNTUK CIK CT WAN KEMBANG

Sebenarnya nama customer saya ni bukannya CIK CT WAN KEMBANG.Nama dia Siti Rahimah...tapi sebab dia orang Kelantan...kita panggil la dia CIK CT WAN KEMBANG...hehehe...

Al-kisahnya...Cik Siti ni telah email pada saya bertanyakan pasal "BIDADARI' 2 minggu sebelum majlis pernikahannya.macam biasa..dgn confidentnya saya kata boleh.tapi Siti ada buat beberapa permintaan. antaranya...dia mahukan saiz tudung lebih besar dari biasa sbb dia kata..dia berleher jinjang.kalau buat kecik,dia takut tudung tu nampak tergantung pulak. Ukur lilit kepala pulak dia minta 40 inch. Pertama kali saya buat tudung CT sebesar saiz ini.Setelah siap,saya pun suruh encit posmen hantar tudung ni ke Tanah Merah,Kelantan.Berdebar2 jugak menunggu respond dari Siti.Maklumlah...takut tak menepati kehendak Siti.

akhirnya,BIDADARI telah bertukar tangan. Berbunga rasa hati saya apabila menerima SMS dari Siti yg berbunyi "Akak...dah dapat tudung nikah.comel...hehehe...". SMS ke-2.."semua ok.x sabar nak pakai malam ni..."



Pengantin baru menggayakan 'BIDADARI' di hari pernikahannya...

Wednesday, May 12, 2010

TUDUNG CT BIDADARI

TUDUNG CT BIDADARI

Tudung kali ni saya buat khas untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan lama saya di Pekan,Pahang.Tema colornya PINK + BLACK.sedondon dengan warna baju.

Biasanya tudung-tudung sebelum ni,saya menggunakan lace yg bermanik.Untuk kali ni, saya mencuba sesuatu yg baru iaitu stone + ribon flower + labuci + manik bulat + manik pearl.

Inilah hasilnya.....



Tuesday, April 6, 2010

TUDUNG NIKAH UTK INA

Pada malam 9/3/2010 yg lepas....saya telah mendapat 1 panggilan telefon dari customer yg berada di Melaka. Dia berhasrat ingin menempah tudung utk majlis pernikahannya pada 26/3/2010.

Pada mulanya,saya berbelah bagi nak terima tempahan ni.Saya takut sy tak dapat menyiapkan tudung tersebut seperti yg diminta.Kalau ikutkan...memang ada 2 minggu utk menyiapakan tempahan tersebut.Masalahnya,saya akan ke Cambodia(company trip) pada 18/3/10 - 21/3/10.Saya yakinkan diri yg saya boleh buat!

Malam tu jugak Ina email gambar persalinan pernikahannya. Berdasarkan gambar tersebut,keesokan harinya...selepas waktu bekerja,terus saya merempit bersama suami tersayang ke Jln TAR utk membeli kain,manik dan beberapa bahan lagi.TQ darling!

.....dan akhirnya saya berjaya menyiapkannya sebelum due date!

INILAH GAMBAR PERSALINAN YG DIEMAIL OLEH INA



INILAH HASILNYA.....