Sunday, December 26, 2010

Tudung CT Bidadari kali ini adalah untuk Syazana dari Ampang. Sangat mencabar nak menyiapkan tudung ini gara-gara baju nikahnya yg hanya siap seminggu sebelum majlis.

Tuan empunya hanya memberitahu baju nikahnya berwarna putih,berlabuci ungu.dengan bersemangatnya saya terus membeli kain (utk layah) dan anak tudung warna putih dengan segera utk mengelakkan layah & tudung tidak dapat disiapkan seperti yg dijanjikan.

Setelah bajunya siap, sy paksa si gadis tinggi lampai ini utk menyerahkan bajunya.Betullah kebimbangan saya,rupanya bajunya lebih kepada putih cream.kain & tudung yg saya beli putih biru.Jadi,plan utk membuat layah telah ditukar kepada tudung CT memandangkan sudah tiada masa lagi untuk membeli kain. Nasib saya baik kerana kain warna senada ada di dalam simpanan. Malangnya hanya cukup untuk membuat tudung CT sahaja.Hiasan labuci & arcalic stone sy buatkan sepadan dengan kaftan nikahnya....






Monday, November 22, 2010

TUDUNG CT BIDADARI KUNING UTK CIK YANG

Tudung kali ni milik kawan lama masa sekolah menengah dahulu. Terima kasih Yang sebab sudi mencuba hasil tangan saya.....


Sunday, November 7, 2010

PATCH LACE

Busana yang di padankan dengan LAYAH BIDADARI ini tidak mempunyai manik kerana lacenya sudah cukup berkilauan...


Layah BIDADARI

Layah@veil ini saya buat khas untuk sesi 'photoshoot' sempena ulang tahun perkahwinan saya yang ke-8.Design memang simple sbb project last minute.tiba2 je rasa nak buat...so,terus je buat.Kain dah memang ada stock,warna matching pulak tu..tinggal nak pikir design je la. Untuk pengelakkan perkara yg tidak diingini a.k.a tak siap....saya guna iron on diamante supaya cepat siap...hehehe....tambah labuci bunga sikit....taraaa!!!dah siap....


Saturday, September 25, 2010

BIDADARI ~OWN COLLECTION~

Tudung ni boleh di kategorikan sebagai tudung express.Itupun malam raya ke-2 baru siap.Begitulah nasib si penjahit manik...huhu...

Inilah hasilnya....


TUDUNG BIDADARI ~AIFRAH~

Pada mulanya, sahabat lama saya ni dilanda kerisauan sebab dia belum pernah menggayakan tudung ala CT. Saya cadangankan padanya agar mencuba sehelai dahulu.Alhamdulillah...setelah BIDADARI sampai ke tangannya, dia berpuas hati dan menempah lagi 2 helai BIDADARI yg berlainan warna dan design.....syukur!


BAJU RAYA SI CILIK AILAA QASDINA

Tahun ini,saya sebagai Mak Long telah menyiapkan 2 helai baju bermanik untuk anak saudara saya (anak adik lelaki saya)yg bernama Ailaa Qasdina.

Untuk baju yg pertama, saya gunakan filigree berbentuk rama-rama yang saya order dari NOOR SHAH @beads ecetera.Saya tambahkan dgn ribbon flower dan archalic stone supaya nampak lebih ceria.

Baju yg ke-2 juga saya applykan design yg simple supaya manik2 tu bertahan lama. Al-maklumlah kan....budak2....

Inilah hasilnya....
BAJU PERTAMA



BAJU KEDUA

Saturday, September 4, 2010

BAJU CIK ANIS LATIFAH

Baju kali baju kepunyaan rakan sejawatan dari PJ branch iaitu CIK ANIS LATIFAH LATIF. Dia berkehendakkan design yg simple, x nak bunga2...almaklumlah...dia ni berjiwa rock orangnya....hehehe....

Design ni pun saya dapatkan khidmat nasihat dari beader a.k.a jiran bawah rumah...MAL BAKIRI. tq MAL....

Inilah hasilnya...


Wednesday, August 25, 2010

TUDUNG CT BIDADARI UNTUK IDA

Dah lama tak update blog.Hari ni mood ada rajin sikit...so,nak cerita sikit pasal tudung CT BIDADARI yang ditempah oleh rakan sejawatan dari cawangan PRAI.

Permintaan dari IDA ialah size nak besar sikit,warna hitam,beads biru + kuning & design mcm BIDADARI PINK.mula-mula memang nak buat design yg sama dgn BIDADARI PINK, tapi thah macammana masa buat tudung ni...timbul idea lain.Jadinya saya belasah je lah ikut ilham yg datang.tapi dalam hati saya berharap agar tuan punya tudung ni sukalah dengan design yg saya buat ni.

Setelah siap,saya pun terbangkan tudung ini ke PRAI & saya minta feedback dari IDA.Feedback dari dia 'saya suka...cantik tapi nape pendek sikit?'..aduhhh....saya dah rasa tak sedap hati. Kepuasan pelanggan saya utamakan.Lagipun ini 1st time dia berurusniaga dengan saya...so, saya tak nak dia rasa tak puas hati.

Pada awal bulan Ogos,kami ada meeting di Seri Pacific,KL. dikesempatan ini, saya berjumpa dengan IDA dan memberitahu padanya sekiranya dia kurang berminat dengan tudung itu disebabkan size,saya akan buat yg baru untuk dia.tapi dia tak nak sbb dia kata tudung tu sangat cantik sampai dia sayang nak pakai.Kali ni barulah saya merasa sedikit lega.Inilah tudung saya maksudkan.....


Monday, June 28, 2010

TUDUNG BIDADARI EXCLUSIVE-ready stock

Kenapa BIDADARI?
BIDADARI EXCLUSIVE hanya ada 1 helai setiap corak.Exclusive untuk anda supaya anda kelihatan anggun seanggun BIDADARI.....









TUDUNG NUR KASIH - 1st batch

Dapatkan Tudung Nur Kasih utk koleksi anda.Ini je yang tinggal.yg lain x sempat nak upload dah ada orang ambik...hurry up!



Sunday, June 27, 2010

TUDUNG & BAJU NIKAH DYA

Majlis berlangsung di Kg.Seberang Batu Hampar,Rembau,N9 pada 6/6/2010
Pasangan Pengantin Baru - Dya & Pie

Layah Bidadari....

...digandingkan bersama tudung berwarna senada..

Di bahagian tangan baju,saya hiasi dgn manik dan labuci yg sama warna dgn warna batu yang ada di bahagian tudung....

Bahagian bawah baju....

Pertama kali jugak la saya dapat menggayakan 'PINK BIDADARI' setelah gagal utk digayakan pada majlis Dalina May lepas....

Tuesday, June 8, 2010

TUDUNG NIKAH UNTUK CIK CT WAN KEMBANG

Sebenarnya nama customer saya ni bukannya CIK CT WAN KEMBANG.Nama dia Siti Rahimah...tapi sebab dia orang Kelantan...kita panggil la dia CIK CT WAN KEMBANG...hehehe...

Al-kisahnya...Cik Siti ni telah email pada saya bertanyakan pasal "BIDADARI' 2 minggu sebelum majlis pernikahannya.macam biasa..dgn confidentnya saya kata boleh.tapi Siti ada buat beberapa permintaan. antaranya...dia mahukan saiz tudung lebih besar dari biasa sbb dia kata..dia berleher jinjang.kalau buat kecik,dia takut tudung tu nampak tergantung pulak. Ukur lilit kepala pulak dia minta 40 inch. Pertama kali saya buat tudung CT sebesar saiz ini.Setelah siap,saya pun suruh encit posmen hantar tudung ni ke Tanah Merah,Kelantan.Berdebar2 jugak menunggu respond dari Siti.Maklumlah...takut tak menepati kehendak Siti.

akhirnya,BIDADARI telah bertukar tangan. Berbunga rasa hati saya apabila menerima SMS dari Siti yg berbunyi "Akak...dah dapat tudung nikah.comel...hehehe...". SMS ke-2.."semua ok.x sabar nak pakai malam ni..."



Pengantin baru menggayakan 'BIDADARI' di hari pernikahannya...