Tudung kali ni saya buat khas untuk isteri kesayangan my favourite actor, Aaron Aziz. Berjaya diserahkan kepada tuan badan pada 12/7/2011, sehari sebelum mereka berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Tudung ni saje je saya buat untuk Diyana..tak kisah la nak guna masa g umrah ke, masa raya pun boleh gak...Harap2 Diyana suka dengan tudung hasil sentuhan tangan saya yg tak seberapa ni..
Inilah dia hasil crumble saya yg pertama setelah berguru dgn UMI PEPARI DSIGN.fuhhh...mmg sangat mencabar nak membuatnya!itu pun main kelat...jarang2 je buat 'based'.sgt respect dengan UMI.susah tau nak buatnya....sbb tu charge mahal wooo!!!
Layan la piccas2 crumble saya yg x seberapa ni yer...happy viewing!
Bahagian leher...x larat dah nak bercrumble...hahaha
Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak ku sapu sawang2 yang ada di sini. Nasib baik AHMAD SETH TAN bagi semangat...hehehe...demam NORA ELENA!
ok..ok..berbalik kepada patch lace kali ni. Atas permintaan kawan lama saya (boleh juga dikatakan regular customer jugak),dia berhajatkan 'patch lace' untuk bajunya.terima kasih CIK PUAN AIFRAH sebab percayakan saya dan minta maaf sebab saya peram baju anda sampai berkulat!
Sangat sedih bila bukak blog ni...banyak sawang!ada beberapa job yang tak sempat diupdate. Sorry semua...(ehh..ada ke org menunggu entry kita ni?perasan la pulak...hehehe)
Insyaallah...malam ni saya akan paksa diri saya untuk mengupdate tudung dan baju yang telah selamat di deliver pada customer...
Tudung ni adalah hakmilik kekal rakan sePERODUA. Mengidamkan tudung BIDADARI untuk dipadankan dengan jubah hitam bersulam maroon miliknya. Disertakan bersama purdah (penutup muka) untuk menepati tema 'ARABIAN NITE' untuk annual dinner tahun ni.
Pada 27/2/11,saya mendapat sms dari gadis manis bernama Fara yang berada di Sri Manjong,Perak. Fara berhasrat untuk mendapatkan tudung berwarna off cream untuk majlis pertunangannya pada 13/3/11.Pada mulanya berat untuk sy menerima tempahan ini kerana waktu yang singkat. Bagi orang lain, mungkin masa mencukupi...tapi bagi saya yang bekerja + ada 3 anak lelaki yg sangat hebattt ni..kena fikir panjang!
Setelah difikir2...akhirnya saya menerima tempahan ini.saya minta fara poskan cebisan kain (lebihan baju)tunangnya. saya perlukannya supaya saya tidak tersilap color. off white...cream...kuning cair....ahhh! sgt mengelirukan. Lagipun, saya tidak mahu mengulangi kesilapan seperti semasa membuat nikah untuk Ziella. Akhirnya, Ziella tidak dapat menggayakan tudung Bidadari saya kerana warna baju dan tudung yg tidak senada.tapi nasib baik Ziella kata 'tak pe la kak..nnt saya boleh pakai utk raya'
Setelah tudung siap, saya pos ke Perak pada hari Rabu menggunakan POS LAJU. Saya target,kalau tak sampai hari Khamis (sepatutnya),akan dapat hari Jumaat. Tapi thah macammana...POS LAJU x selaju yg disangka.Hari Sabtu baru sampai!Memang saya amat risau. dah la customer nak guna hari Ahad...pastu consignment notenya pulak hilang.anak saya punya kerje...aduyaiii...mmg sgt cemas!Apa2 pun semua dah settle...kita layan pic2 ni yer...happy viewing ya!
Pada 26/1/11 Ziella telah menghubungi saya dan menyatakan keinginannya untuk memiliki tudung CT berwarna off white/cream + warna gold untuk majlis pernikahannya yg akan berlangsung pada cuti tahun baru cina. Pada mulanya saya seperti ingin menolak kerana waktu yg amat singkat. tapi akhirnya saya terima setelah memikirkan kesulitan Ziella mencari tudung kerana dicancelkan oleh sahabatnya di saat2 akhir.