Tudung ni adalah hakmilik kekal rakan sePERODUA. Mengidamkan tudung BIDADARI untuk dipadankan dengan jubah hitam bersulam maroon miliknya. Disertakan bersama purdah (penutup muka) untuk menepati tema 'ARABIAN NITE' untuk annual dinner tahun ni.
Pada 27/2/11,saya mendapat sms dari gadis manis bernama Fara yang berada di Sri Manjong,Perak. Fara berhasrat untuk mendapatkan tudung berwarna off cream untuk majlis pertunangannya pada 13/3/11.Pada mulanya berat untuk sy menerima tempahan ini kerana waktu yang singkat. Bagi orang lain, mungkin masa mencukupi...tapi bagi saya yang bekerja + ada 3 anak lelaki yg sangat hebattt ni..kena fikir panjang!
Setelah difikir2...akhirnya saya menerima tempahan ini.saya minta fara poskan cebisan kain (lebihan baju)tunangnya. saya perlukannya supaya saya tidak tersilap color. off white...cream...kuning cair....ahhh! sgt mengelirukan. Lagipun, saya tidak mahu mengulangi kesilapan seperti semasa membuat nikah untuk Ziella. Akhirnya, Ziella tidak dapat menggayakan tudung Bidadari saya kerana warna baju dan tudung yg tidak senada.tapi nasib baik Ziella kata 'tak pe la kak..nnt saya boleh pakai utk raya'
Setelah tudung siap, saya pos ke Perak pada hari Rabu menggunakan POS LAJU. Saya target,kalau tak sampai hari Khamis (sepatutnya),akan dapat hari Jumaat. Tapi thah macammana...POS LAJU x selaju yg disangka.Hari Sabtu baru sampai!Memang saya amat risau. dah la customer nak guna hari Ahad...pastu consignment notenya pulak hilang.anak saya punya kerje...aduyaiii...mmg sgt cemas!Apa2 pun semua dah settle...kita layan pic2 ni yer...happy viewing ya!
Pada 26/1/11 Ziella telah menghubungi saya dan menyatakan keinginannya untuk memiliki tudung CT berwarna off white/cream + warna gold untuk majlis pernikahannya yg akan berlangsung pada cuti tahun baru cina. Pada mulanya saya seperti ingin menolak kerana waktu yg amat singkat. tapi akhirnya saya terima setelah memikirkan kesulitan Ziella mencari tudung kerana dicancelkan oleh sahabatnya di saat2 akhir.
Tudung CT Bidadari putih bersih ini ditempah oleh seorang guru dari negeri di bawah bayu iaitu cikgu Siti Kanapiah.Untuk pengetahuan semua,cikgu CT & cikgu Mar (entry sebelum ini)adalah rakan baik. Tarikh nikah pun selang sehari jer...sangat sehati sejiwa kan?
Semoga cikgu CT berbahagia hingga ke hujung nyawa.Terima kasih kerana sudi merasa air tangan saya yg x seberapa ini....terima kasih banyak.
Lagi percubaan untuk membuat 'patch lace'....kali ini layah bidadari berwarna merah jambu ini milik seorang guru dari Sabah yang bernama Marsidah. Beliau telah selamat diijabkabulkan pada 2hb Dec 2010 yang lalu dan majlis persandingannya berlangsung pada hari ini (4hb Dec 2010) di Kg.Petarikan,Sindumin,Sipitang,Sabah.
Doa saya semoga beliau dan juga pasangannya akan sentiasa berbahagia dan jodoh berpanjangan hingga ke hujung nyawa.....