Thursday, January 6, 2011

TUDUNG CT BIDADARI FIRA

Tudung ini ditempah oleh Fira dari Putrajaya khas untuk hari pertunangannya yg berlangsung pada 25 Dec yang lalu...

Fira memberi kepercayaan utk saya designkan tudung CT utk dia.Utk lari daripada biasa,saya gabungkan kain lace,manik, labuci bunga,ribbon flower dan juga glass pearl.Alhamdulillah....Fira suka dengan hasilnya.





Sunday, December 26, 2010

Tudung CT Bidadari kali ini adalah untuk Syazana dari Ampang. Sangat mencabar nak menyiapkan tudung ini gara-gara baju nikahnya yg hanya siap seminggu sebelum majlis.

Tuan empunya hanya memberitahu baju nikahnya berwarna putih,berlabuci ungu.dengan bersemangatnya saya terus membeli kain (utk layah) dan anak tudung warna putih dengan segera utk mengelakkan layah & tudung tidak dapat disiapkan seperti yg dijanjikan.

Setelah bajunya siap, sy paksa si gadis tinggi lampai ini utk menyerahkan bajunya.Betullah kebimbangan saya,rupanya bajunya lebih kepada putih cream.kain & tudung yg saya beli putih biru.Jadi,plan utk membuat layah telah ditukar kepada tudung CT memandangkan sudah tiada masa lagi untuk membeli kain. Nasib saya baik kerana kain warna senada ada di dalam simpanan. Malangnya hanya cukup untuk membuat tudung CT sahaja.Hiasan labuci & arcalic stone sy buatkan sepadan dengan kaftan nikahnya....






Monday, November 22, 2010

TUDUNG CT BIDADARI KUNING UTK CIK YANG

Tudung kali ni milik kawan lama masa sekolah menengah dahulu. Terima kasih Yang sebab sudi mencuba hasil tangan saya.....


Sunday, November 7, 2010

PATCH LACE

Busana yang di padankan dengan LAYAH BIDADARI ini tidak mempunyai manik kerana lacenya sudah cukup berkilauan...


Layah BIDADARI

Layah@veil ini saya buat khas untuk sesi 'photoshoot' sempena ulang tahun perkahwinan saya yang ke-8.Design memang simple sbb project last minute.tiba2 je rasa nak buat...so,terus je buat.Kain dah memang ada stock,warna matching pulak tu..tinggal nak pikir design je la. Untuk pengelakkan perkara yg tidak diingini a.k.a tak siap....saya guna iron on diamante supaya cepat siap...hehehe....tambah labuci bunga sikit....taraaa!!!dah siap....


Saturday, September 25, 2010

BIDADARI ~OWN COLLECTION~

Tudung ni boleh di kategorikan sebagai tudung express.Itupun malam raya ke-2 baru siap.Begitulah nasib si penjahit manik...huhu...

Inilah hasilnya....


TUDUNG BIDADARI ~AIFRAH~

Pada mulanya, sahabat lama saya ni dilanda kerisauan sebab dia belum pernah menggayakan tudung ala CT. Saya cadangankan padanya agar mencuba sehelai dahulu.Alhamdulillah...setelah BIDADARI sampai ke tangannya, dia berpuas hati dan menempah lagi 2 helai BIDADARI yg berlainan warna dan design.....syukur!