Dah lama tak update blog.Hari ni mood ada rajin sikit...so,nak cerita sikit pasal tudung CT BIDADARI yang ditempah oleh rakan sejawatan dari cawangan PRAI.
Permintaan dari IDA ialah size nak besar sikit,warna hitam,beads biru + kuning & design mcm BIDADARI PINK.mula-mula memang nak buat design yg sama dgn BIDADARI PINK, tapi thah macammana masa buat tudung ni...timbul idea lain.Jadinya saya belasah je lah ikut ilham yg datang.tapi dalam hati saya berharap agar tuan punya tudung ni sukalah dengan design yg saya buat ni.
Setelah siap,saya pun terbangkan tudung ini ke PRAI & saya minta feedback dari IDA.Feedback dari dia 'saya suka...cantik tapi nape pendek sikit?'..aduhhh....saya dah rasa tak sedap hati. Kepuasan pelanggan saya utamakan.Lagipun ini 1st time dia berurusniaga dengan saya...so, saya tak nak dia rasa tak puas hati.
Pada awal bulan Ogos,kami ada meeting di Seri Pacific,KL. dikesempatan ini, saya berjumpa dengan IDA dan memberitahu padanya sekiranya dia kurang berminat dengan tudung itu disebabkan size,saya akan buat yg baru untuk dia.tapi dia tak nak sbb dia kata tudung tu sangat cantik sampai dia sayang nak pakai.Kali ni barulah saya merasa sedikit lega.Inilah tudung saya maksudkan.....
No comments:
Post a Comment