Thursday, March 31, 2011

TUDUNG CT BIDADARI AIDA FOR ARABIAN NITE

Tudung ni adalah hakmilik kekal rakan sePERODUA. Mengidamkan tudung BIDADARI untuk dipadankan dengan jubah hitam bersulam maroon miliknya. Disertakan bersama purdah (penutup muka) untuk menepati tema 'ARABIAN NITE' untuk annual dinner tahun ni.





Wednesday, March 16, 2011

TUDUNG CT BIDADARI UNTUK MAJLIS TUNANG FARA

Pada 27/2/11,saya mendapat sms dari gadis manis bernama Fara yang berada di Sri Manjong,Perak. Fara berhasrat untuk mendapatkan tudung berwarna off cream untuk majlis pertunangannya pada 13/3/11.Pada mulanya berat untuk sy menerima tempahan ini kerana waktu yang singkat. Bagi orang lain, mungkin masa mencukupi...tapi bagi saya yang bekerja + ada 3 anak lelaki yg sangat hebattt ni..kena fikir panjang!

Setelah difikir2...akhirnya saya menerima tempahan ini.saya minta fara poskan cebisan kain (lebihan baju)tunangnya. saya perlukannya supaya saya tidak tersilap color. off white...cream...kuning cair....ahhh! sgt mengelirukan. Lagipun, saya tidak mahu mengulangi kesilapan seperti semasa membuat nikah untuk Ziella. Akhirnya, Ziella tidak dapat menggayakan tudung Bidadari saya kerana warna baju dan tudung yg tidak senada.tapi nasib baik Ziella kata 'tak pe la kak..nnt saya boleh pakai utk raya'

Setelah tudung siap, saya pos ke Perak pada hari Rabu menggunakan POS LAJU. Saya target,kalau tak sampai hari Khamis (sepatutnya),akan dapat hari Jumaat. Tapi thah macammana...POS LAJU x selaju yg disangka.Hari Sabtu baru sampai!Memang saya amat risau. dah la customer nak guna hari Ahad...pastu consignment notenya pulak hilang.anak saya punya kerje...aduyaiii...mmg sgt cemas!Apa2 pun semua dah settle...kita layan pic2 ni yer...happy viewing ya!