Friday, January 7, 2011

TUDUNG CT BIDADARI UNTUK CIKGU SITI

Tudung CT Bidadari putih bersih ini ditempah oleh seorang guru dari negeri di bawah bayu iaitu cikgu Siti Kanapiah.Untuk pengetahuan semua,cikgu CT & cikgu Mar (entry sebelum ini)adalah rakan baik. Tarikh nikah pun selang sehari jer...sangat sehati sejiwa kan?

Semoga cikgu CT berbahagia hingga ke hujung nyawa.Terima kasih kerana sudi merasa air tangan saya yg x seberapa ini....terima kasih banyak.



LAYAH PINK UNTUK PERNIKAHAN CIKGU MAR

Lagi percubaan untuk membuat 'patch lace'....kali ini layah bidadari berwarna merah jambu ini milik seorang guru dari Sabah yang bernama Marsidah. Beliau telah selamat diijabkabulkan pada 2hb Dec 2010 yang lalu dan majlis persandingannya berlangsung pada hari ini (4hb Dec 2010) di Kg.Petarikan,Sindumin,Sipitang,Sabah.

Doa saya semoga beliau dan juga pasangannya akan sentiasa berbahagia dan jodoh berpanjangan hingga ke hujung nyawa.....






Thursday, January 6, 2011

TUDUNG CT BIDADARI FIRA

Tudung ini ditempah oleh Fira dari Putrajaya khas untuk hari pertunangannya yg berlangsung pada 25 Dec yang lalu...

Fira memberi kepercayaan utk saya designkan tudung CT utk dia.Utk lari daripada biasa,saya gabungkan kain lace,manik, labuci bunga,ribbon flower dan juga glass pearl.Alhamdulillah....Fira suka dengan hasilnya.