Sunday, December 26, 2010

Tudung CT Bidadari kali ini adalah untuk Syazana dari Ampang. Sangat mencabar nak menyiapkan tudung ini gara-gara baju nikahnya yg hanya siap seminggu sebelum majlis.

Tuan empunya hanya memberitahu baju nikahnya berwarna putih,berlabuci ungu.dengan bersemangatnya saya terus membeli kain (utk layah) dan anak tudung warna putih dengan segera utk mengelakkan layah & tudung tidak dapat disiapkan seperti yg dijanjikan.

Setelah bajunya siap, sy paksa si gadis tinggi lampai ini utk menyerahkan bajunya.Betullah kebimbangan saya,rupanya bajunya lebih kepada putih cream.kain & tudung yg saya beli putih biru.Jadi,plan utk membuat layah telah ditukar kepada tudung CT memandangkan sudah tiada masa lagi untuk membeli kain. Nasib saya baik kerana kain warna senada ada di dalam simpanan. Malangnya hanya cukup untuk membuat tudung CT sahaja.Hiasan labuci & arcalic stone sy buatkan sepadan dengan kaftan nikahnya....