Monday, March 15, 2010

PERODUA APPRECIATION NITE

EVENT : PERODUA APPECIATION NITE
DATE : 13 MAR 2010
VENUE : BERJAYA HOTEL TIMES SQUARE
THEME : BOLLYWOOD

PUNJABI SUIT
Baju ni beli kat butik SAPNA,Batu 2 1/2,Jalan Ipoh.Oleh kerana baju ni harganya mahal sikit...so, saya cari punjabi suit yg modern sikit.Tujuannya...lepas ni boleh pakai balik. Nak beli 'lenga' takut membazir sbb lepas ni nak gi mana la pulak pakai baju tu. Nak pakai sari...kena tunjuk spare tyre la pulak. tak sesuai!!!!

TUDUNG & LAYAH
Anak tudung ni saya beli kat Jalan TAR. Harganya RM5 jer....tapi saya tambahkan beads utk menampakkan lebih mahal dari harga sebenar dan utk memadankan dgn beads yg dah sedia ada pada punjabi suit yg saya beli. Saya juga berjaya menghasilkan LAYAH utk pertama kalinya!Layah juga saya hiasi dgn beads yg sepadan dengan baju dan tudung.hasilnya....taraaa!!!

MAKE UP
Untuk pertama kalinya,saya menggunakan khidmat make-up artist utk event kali ni.Pertama kali mencuba khidmat MIELDA DARIEZ : THE MAKE UP ARTIST ternyata tidak mengecewakan. Siapa-siapa yg berminat nak menggunakan khidmatnya....boleh search kat www.facebook.com/mielda dariez touch:makeup artist....

Tuesday, March 9, 2010

LATEST COLLECTION

2 model saya yg tak berbayar a.k.a adik2 saya menggayakan baju dan TUDUNG ANGEL di majlis perkahwinan Heidi dan pasangannya yg berlangsung di Banquet Hall, UPM Serdang pada 28 Feb 2010.Buat pasangan pengantin,saya doakan semoga kalian berbahagia hingga ke hujung nyawa(pinjam ayat David Teo)....

Tudung : Sue Angel
Solekan & tatarias : Sue Angel
Model : Faizah
Busana : Faizah own collection - beads by Sue Angel


Tudung by : Sue Angel
Solekan & tatarias : Sue Angel
Model : Nana
Busana : Nana own collection - beads by Noorakmal

HIJAU YG MENYEGARKAN...

Baju kali ni adalah mlik jiran saya. Baju ni sebenarnya baju hari raya aidilfitri yang lalu. Mungkin sbb dia rasa kosong sangat kot, dia suruh saya manikkan baju ni untuk dipakai pada hari raya haji akan datang. Alhamdulillah saya dapat siapkan baju ni seperti yang dijanjikan.

Saya harap tuan punya baju ni berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya kali ni. Idea caca marba.dalam otak nak buat lain...bila dah jahit jadi lain. Biasalakan buat manik ni. kena try n error. rasa x ok...bukak la balik. walaupun tension. yg penting hasilnya memuaskan hati.

yang sedihnya, baju sendiri (baju raya puasa) x siap2 lagi. bersih tanpa sebutir manik.....huwaarrrggghh!!!!!

TUDUNG NIKAH LINDA

Setelah kakaknya mencuba hasil kerja tangan saya, kini tiba giliran si adik pula. Yg amat menggentarkan saya ialah dia ingin menggunakan khidmat saya untuk hari pernikahannya.Wauuuu....saya amat teruja untuk membuatnya. Al maklumlah.....1st time menghasilkan beading untuk raja sehari. Saya harap sang raja sehari, berpuas hati dgn hasilnya.

Si kakak juga tidak lupa menggayakan tudung ANGEL hasil dari sentuhan saya yang tidak seberapa ini di majlis adiknya.


p/s : untuk Kak Izan, terima kasih kerana membenarkan saya menghasilkan tudung yg diinspirasikan dari BnTB collection. You are the best!

Berseri2 wajah pengantin baru.......


Kakak pengantin bergaya dgn tudung ANGEL - ala2 datin gituuuu....

MANIK-MANIK UTK RAYA 2009

Tahun 2009 adalah tahun pertama saya bergelumang dalam dunia manik. Untuk langkah pertama....saya jahitkan baju manik utk kawan2 dan saudara terdekat sahaja. Belum ada keyakinan lagi nak buat untuk orang lain.Tahun 2010 ni...alhamdulillah...keyakinan sudah ada...boleh la buat untuk orang lain (kalau ada la...hehehe)

BAJU NANA - my sister



BAJU MUNIRAH -my sister's friend



BAJU NADIA - my officemate



BAJU NADIA lagi....



Baju sendiri?baju sendiri semua suci dari manik2....hahahaha....x sempat nak buat!
(mcm banyak order)piirahhhh!!!